AHLAN WASAHLAN...SELAMAT DATANG....HUBUNGI KAMI...NO TEL : 06 2319895 NO FAX :06 2319895

SEJARAH SEKOLAH

Suasana kawasan sekolah di waktu pagi.
Bangunan baru
Bangunan lama

Sekolah Rendah Arab JAIM Tun Razak telah ditubuhkan pada bulan Januari 2002. Status sekolah ini adalah menumpang iaitu penggunaan bersama dengan Sekolah Rendah Agama JAIM Tun Razak.
Sekolah Rendah Arab JAIM Tun Razak adalah merupakan sebuah pusat pendidikan rendah yang menawarkan dua aliran kurikulum iaitu kurikulum kebangsaan dan diniah (JAIM). Harapan masyarakat dan kerajaan untuk melihat generasi yang dapat merealisasikan fardhu ain dan fardhu kifayah dalam kehidupan seharian. Sekolah dan PIBG rasa terpanggil untuk sama-sama menyumbang idea dan bantuan yang sepatutnya demi pembangunan serta kecemerlangan sekolah ini.

Pada peringkat awal penubuhan, sekolah ini hanya mempunyai seramai 29 orang murid iaitu 17 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan. Bilangan guru dan kakitangan sekolah pula seramai 5 orang. Sejak ditubuhkan sehingga sekarang seramai 5 orang Guru Besar telah berkhidmat di Sekolah Bilangan murid bertambah dari setahun ke setahun menjadikan bilangan murid sehingga 2016 seramai 473 orang (Tahun 1 hingga Tahun 6). Pertambahan murid secara tidak langsung memerlukan pertambahan guru. Sehingga kini guru yang mengajar di Sekolah Rendah Arab JAIM Tun Razak ialah seramai 35 orang termasuk Guru Besar.

Pembangunan ini bermula dalam era pentabiran YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam Ketua Menteri Melaka.Pembangunan dan pembinaan bangunan baru ini adalah hasil kerjasama pihak JAIM, JKKK Kg Tun Razak dan PIBG sekolah. Usaha ini telah digerakkan bermula September 2006, setelah pengurusan sekolah diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pendidikan Islam (SABK)

No comments:

Post a Comment