Segala pujian hanya kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-NYA, kita dapat lagi meneruskan perjuangan yang diamanahkan kepada kita. Sesungguhnya amanah ini amatlah berat dalam membentuk anak bangsa sebagai pemimpin pelapis di masa hadapan.
Mendepani dunia global yang kian
mencabar menuntut perubahan dari dalam dan luar diri para pendidik serta
kumpulan sokongan demi melaksanakan tugas yang kita sendiri pilih sebagai
laluan ibadah kita sebagai persediaan kita bertemu Pencipta. Memberikan didikan
dari sudut intelek belum mencukupi kerana dokongan jasmani yang sihat, sosial
yang terpelihara, emosi yang utuh, dan rasional yang terpimpin perlu diterapkan
sekali bagi melahirkan modal insan yang memenuhi ciri-ciri yang digarapkan
dalam FPK. Justeru, sebagai khalifah di muka bumi Allah ini, tidak mengira apa
jua yang kita lakukan, semuanya adalah amalan kita yang akan dihitung di
akhirat kelak.
Melahirkan insan cerdik akademik dan
penghafaz al Quran yang membaca, mengingati, memahami serta mengamalkannya
merupakan cabaran yang perlu disambut dan diolah baik agar dapat dipadan
suaikan dengan kehendak pendidikan abad ke-21. Kita mungkin kekurangan dari
segi prasarana namun dibekalkan sarat dengan pengalaman dan semangat kental
dalam mendidik anak-anak Islam ini. Mengambil halangan sebagai batu loncatan,
tembok pemisah yang ada bagai tangga-tangga ke pintu kejayaan dan melatih diri
agar terus cemerlang duniawi dan ukhrawi. Moga Allah S.W.T mmemberikan kita kekuatan
dan memudahkan urusan kita dan paling penting kerja kita ini menjadi satu
ibadah yang membantu kita nanti bukan yang akan membebankan kita nanit di
akhirat.
Sekalung ucapan tahniah dan terima
kasih kepada Jawatankuasa Buku Pengurusan dan Pentadbiran SRAJTR tahun 2020
kerana telah bertungkus lumus dalam menyiapkan buku ini. Buku pengurusan ini
sangat penting sebagai rujukan dan garis panduan kepada guru-guru dan staf
dalam melaksanakan tugas dengan baik, berfokusan dan berkesan.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment