Hari: Isnin
Tarikh: 10 Februari 2020
Masa:7.20 pagi hingga 8.30 pagi
Majlis ini sebagai tanda bermulanya badan kepimpinan sekolah yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas PSS, pengawas SPBT dan pengawas PRS bagi sesi 2020. Sejumlah 129 orang pengawas akan melaksanakan tugas secara rasmi dalam memikul tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.
Bacaan ikrar telah diketuai oleh Ketua Pengawas Sekolah yang telah dilantik. Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan murid SRAJTR yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Harapan pihak sekolah agar barisan pengawas yang dilantik bagi sesi 2020 mampu melaksanakan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin.
No comments:
Post a Comment